HARI ini dengan kecanggihan dan kemudahan teknologi membolehkan pihak tidak bertanggungjawab mencuri dan memindah wang secara elektronik selepas menggunakan helah memerangkap mangsa. erdapat dakwaan mengatakan pihak tertentu bersubahat dengan sindiket antarabangsa membocorkan maklumat peribadi rakyat negara ini sehingga menyebabkan kes kehilangan wang dalam akaun berleluasa. Melihat kepada dakwaan tersebut, tidak mustahil berkemungkinan besar aktiviti tidak amanah itu dilakukan sendiri oleh rakyat negara ini dan aktiviti pemindahan wang secara tiba-tiba tanpa persetujuan penabung juga mungkin didalangi syarikat penyumberan luar. (d copy paste dri harian metro untuk peringatan sahaja)
Untuk itu, melihat kepada perkembangan yang berlaku, semua institusi perbankan di negara kita perlu memberi perhatian serius terhadap perkara ini dan hendaklah mempertingkatkan sistem keselamatan lebih ketat untuk mengelak lebih ramai pelanggan menjadi mangsa sindiket penipuan antarabangsa ini.
Dalam masa yang sama, semua pengguna perkhidmatan Internet, termasuk untuk perbankan perlu lebih berhati-hati berikutan peningkatan mendadak kes e-mel spam kepada lebih 100 peratus tahun 2008, iaitu 80,526 kes berbanding 38,601 pada 2007.
Perkembangan ini sangat menakut dan membimbangkan semua pihak. E-mel spam atau e-mel sampah antara pelbagai alat digunakan oleh penjenayah siber untuk mencuri data dan maklumat secara rambang kepada pengguna Internet.
Ini menjadi saluran kepada aktiviti jenayah Internet lain, termasuk ancaman godam, kod jahat dan penipuan. Spam digunakan untuk memperdaya pengguna dengan mengajak mereka melayari laman web tertentu dan diminta mengemas kini data sebelum mencuri maklumat itu untuk kegiatan jahat. Meskipun ancamannya belum boleh dianggap serius, tetapi ia mendedahkan pengguna kepada bahaya berikutan peranan spam sebagai pemula kepada aktiviti jenayah siber dan ia jelas dapat dilihat melalui peningkatan jenayah siber 2008 yang turut meningkat lebih 100 peratus seiring peningkatan e-mel spam. Sehubungan itu, dinasihatkan agar pengguna supaya jangan memandang e-mel spam sebagai remeh dan sentiasa berwaspada kerana bimbang terjerat dengan aktiviti penjenayah siber. Walaupun status e-mel spam di negara ini belum boleh dikira sebagai jenayah kerana ketiadaan peraturan khusus mengenainya berbanding beberapa negara lain. Namun, difahamkan peraturan berkaitan spam sedang dirangka kerana saban tahun pengguna Internet semakin meningkat dan mendedahkan mereka kepada aktiviti jenayah siber.
Kes jenayah siber yang serius hanya membabitkan jumlah kecil dan peningkatan jenayah siber bukan sesuatu yang mengejutkan jika pangkalan Internet bertambah setiap tahun.
Di samping itu, perbuatan menipu, mencuri dan memindah wang secara haram daripada akaun seseorang secara elektronik ini dikategorikan sebagai aktiviti ‘phishing’.
Umumnya kegiatan terancang ini dilaksanakan dengan memperdaya pemegang akaun bank agar mendedahkan maklumat sulit akaun atau dibocorkan pihak tertentu yang tidak amanah, terutama melalui perkhidmatan perbankan Internet. Aktiviti ‘phishing’ adalah yang paling kerap dilakukan oleh penggodam dan merupakan bentuk penipuan paling popular membabitkan akaun bank, selain penipuan loteri, pelaburan Internet, skim piramid, penipuan sindiket negara asing, tabung kebajikan antarabangsa, sumbangan dana luar negara dan macam-macam lagi yang boleh menyebabkan pengguna kerugian berikutan pendedahan maklumat peribadi bank kepada penjenayah siber.
Kebiasaannya e-mel palsu direka supaya kelihatan seperti daripada sebuah bank atau kedai online atau jabatan kerajaan dan sebagainya.
Maklumat sulit peribadi perbankan atau perkara mustahak seseorang sememangnya mudah terdedah kepada jerangkap penjenayah siber jika tidak berhati-hati ketika berurusan kerana tanpa disedari ada pihak yang sentiasa memantau melalui mekanisme tertentu melalui talian yang cukup canggih sehingga terlalu sukar untuk dikesan. Keadaan ini bukan saja berlaku di negara kita, malah turut menimpa negara maju yang ramai menjadi mangsa sindiket ini.
Atas isu yang sama dan bagi mengelak daripada pelanggan terpedaya dengan penipuan bentuk baru ini, pihak institusi kewangan dan perbankan tempatan pada dasarnya tidak akan meminta pelanggan membuat sebarang pengesahan akaun mereka melalui telefon, emel atau SMS atas faktor keselamatan.
Ini adalah kerana perbuatan memancing maklumat sulit pelanggan menerusi kaedah itu lazimnya didalangi sindiket jenayah atau individu tertentu bagi mendapat akses akaun pelanggan untuk mencuri atau memindahkan simpanan secara haram. Pun begitu, keghairahan bank di negara ini yang semakin banyak menggunakan khidmat penyumberan luar menyebabkan maklumat kewangan peribadi pelanggan yang sepatutnya rahsia dan sulit kini terdedah kepada pihak ketiga. Ini sangat bahaya dan amat membimbangkan kerana syarikat penyumberan luar dalam masa yang sama memegang dan menyimpan data penting pelanggan yang boleh membuka ruang kepada berlakunya jenayah seperti pecah amanah, penipuan, pemindahan wang ke akaun luar negara tanpa disedari, jenayah penculikan dan pelbagai lagi yang tidak dapat digambarkan.
Bagi mengelak sebarang kemungkinan dan kecelakaan Internet, semua pemegang akaun bank peribadi perlu berhati-hati dengan sebarang e-mel mencurigakan meminta melayari URL tertentu atau merayu memasukkan maklumat penting seperti kata laluan dan kata kunci.
Sunday, July 4, 2010
Awwas pernipuan perbankan INTERNET (untuk peringatan sendiri)
Posted by kak Long at 8:23 PM 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)