BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
selamat datang ke blog hanis fatihah, terima kasih kerana sudi melawat

Friday, August 21, 2009

ramadhan sudah tiba


Akhirnya Ramadhan antara bulan yg mulia telah pun tiba...syukur Alhamdulillah saya d panjangkn umur untuk sama2 menunaikan ibadah puasa pada tahun ini.ni saya baru je selesai sahur sementara nak tunggu solat subuh gatal tangn gebu saya nak menaip d blog ni.tadi saya skeluarga besahur ikan singgang dan ayam masak sambal je..pastu mkan sikit buah tembikai kuning yang saya beli d pasar malam putatan malam tadi dan minum air kosong je dah cukup.kalau jadi...pas solat zuhur kang nak balik kg mertua jap nak bebuka ramai2 dengan mertua dan ipar duai.seronoknya bebuka ramai2 ni. kalau kat sabah ni masyarakat berunai sebut 'sungkai' iaitu bebuka puasa.Hari ni kat kotakinabalu wktu bebuka jam 6.28 petang manakala waktu imsak jam 4.42 pagi.kat Sabah ni waktu malam cepat dan siang pun cepat.jam 6 lebih @ jam 7 pagi matahari dah pun mencanak naik d kepala.Saya harap sangat ramdhan tahun ini saya dan anak2 dapat berpuasa penuh...tapi selalunya kami kaum hawa ni jarang nak dapat puasa penuh hehehe.Cuma sedikit terkilan lah tahun ni tak dapat saya bersolat terawih d surau bedekatan kerana hanis fatihah ni masih kecil tak bole nak bawa dia ke surau kang ntah kemana dia menghilang tak pun habis dia kacau orang.Mgkin tunggu dia umur 4 tahun ke haa mgkin boleh bawa dia ke surau. tahun ni pun saya hadkan amalan bebelanja di bazar ramadan apalagi dgn wabak H1N1 ni makin bermaharajalela lagi bagus saya memasak kuih muih sendiri daripada besesak2 d bazar ramadhan dapat gak la bejimat2 dan boleh la bagi kat jiran2 sikit.Tahun lepas si Hanis ni masih kecil susah sikit saya nak wat kuih muih coz kejenya asyik nak dukung je.InsyaAllah tahun ni saya akan tingkatkan amal ibadah dgn mengaji...SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN YANG MULIA INI.aminn!!

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...