BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
selamat datang ke blog hanis fatihah, terima kasih kerana sudi melawat

Saturday, April 24, 2010

sepasang suami isteri mennggalkn anaknye slama 17 jam

JOHOR BAHRU: Seorang kanak-kanak ditinggalkan tiga hari berturut-turut selama 17 jam bersendirian dalam bilik sebuah apartmen di Jalan Jim Quee sebelum ditemui dalam keadaan lemah oleh sepasukan polis, pada 17 April lalu.

Ketika ditemui, kanak-kanak berusia dua tahun itu dikatakan tidak mampu berdiri dipercayai terlalu lemah dan menangis selepas ditinggalkan ibu bapanya yang bekerja di negara jiran.


Seorang jiran yang enggan dikenali berkata, dia tidak mengenali pasangan suami isteri itu, namun terkejut mendapati anak mereka menangis tanpa henti pada hari kejadian.


Katanya, selepas mendengar tangisan tanpa henti kanak-kanak berkenaan, jiran menghubungi polis sebelum sepasukan anggota keselamatan itu tiba di rumah berkenaan pada kira-kira jam 6 petang.


Menurutnya, pasukan berkenaan memecahkan pintu bagi menyelamatkan kanak-kanak berkenaan dan sebaik pintu dibuka, kanak-kanak itu menangis serta tidak mampu berdiri dipercayai terlalu lemah.


“Ketika ditemui, dia bertemankan kucing selain sebotol air dan sepinggan nasi di dalam bilik berkenaan.


“Sedih melihat keadaan kanak-kanak itu, seorang jiran memberikan biskut kepadanya dan mangsa mampu menghabiskan lima bungkus biskut sekali gus, membuktikan dia benar-benar lapar.


“Apa yang kami tahu, dia ditinggalkan selama tiga hari berturut-turut berseorangan di dalam bilik sewa ibu bapanya, namun dia mula menangis pada hari ketiga,” katanya.


Menurutnya, bapa kanak-kanak itu ditahan polis kira-kira jam 7 malam ketika pulang ke rumah, manakala ibu mangsa yang pulang ke rumah pada kira-kira jam 10 malam menyerah diri di balai polis berhampiran selepas diberitahu suami dan anaknya ditahan polis.

Katanya, pasangan berkenaan tidak bersuai kenal dengan rakan serumah, malah anaknya itu tidak dibenarkan keluar dari bilik sewa mereka.


Sementara itu, wakil pengurusan apartmen yang hanya dikenali sebagai Foo, 25, berkata pasangan terbabit menyewa bilik utama apartmen itu sejak dua tahun lalu.


Katanya, tidak ramai yang tahu mengenai pasangan berkenaan kerana mereka tidak bergaul dengan jiran tetapi ada mengatakan sering mendengar tangisan kanak-kanak.


“Mereka penyewa yang bagus dan tidak pernah lewat membayar sewa rumah, namun pada hari kejadian, ada penduduk mengatakan mendengar tangisan anak mereka dalam tempoh lama menyebabkan mereka menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan,” katanya.

Artikel ni saya ambil dri metro on9..memng kejam dn zalim ibu bapa kanak2 tbabit smpai snggup meninggalkn ank yg sekecil usia 2 thn sendirian tnpa d temani sesiap hnye d temani seekor kucing.bila bace story ni hati saye tsentuh dn menangis.tak dapat saya bayangkn apa yg kanak2 tu buat ketika ketiadaan ibu bapa nya..mgkin kanak2 malang tu berusaha cuba untuk keluar dri biliknya dgn megoncang2 pintu @ tingkap.mungkin juga kanak2 iy=tu menyelongkar almari mencari makanan dn air akibat kehausan.astafirullhah alzaim..tgamak dn tega sekali ibubapa nya meninggalkn ank selama 17 jam..kalau ye pon ibubapa bekenaan nk mencari kerja kena la hntar kanak2 tu pada pengasuh d rumah jiran2 ke..@ bawa je anaknye sakali.mane sifat belas kasihan ibubapa kanak2 ni?..

saya walau pon dekat je nk hantar ank yg ke 2 ke sekolah salam 15 minit..tp tak tergamak nk tinggalkn ank sya yg brusoa 3 thn ni sendiri ketika tidur.walau c kecik ni lena tidur smbil d buai mimpi indah..saye angkat dn tidurkn dia d kerusi kereta sewaktu nk hntar ank ke 2 pegi skolah.saya tkot je tjadi apa2 dlm 15 minit .walau pon dekat je perjalanan tp saya memng x tgamak..dlm 15 minit tu mcm2 boleh tjadi apa lg dlm 17 jam..memng btol laa ibubapa kanak2 malang ni tak de hati perut dn sifat belas kasihn pada zuriat sendiri.

Dan agak pelik dan aneh sejak akhir2 ni ramai ibu bapa kandung yg kejam dn zalim thadap anak sendiri..bukan saja melibatkn kes penderaan,rogol malah membunuh..mana kah sifat kemanusiaan meraka?..adakah sbb kurangnya ilmu agama?..@ adakah dunia dah tlalu maju dn moden smpai ibu bapa yg d harapkn sebagai penyelamat dn pembela telah menjadi musuh dn pembunuh ank sendiri...Allahualam..smoga kita saling ingat mengingati agar kita d hindari dri bsifat syaitan..sedangkn binatang sayang dn kasihkn anaknya..inikan manusia..sudah jd keji sanggup menganiayai ank kandung sendiri.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...