BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
selamat datang ke blog hanis fatihah, terima kasih kerana sudi melawat

Friday, September 18, 2009

KENANGAN HARI RAYA MASA KECIK2 DULU


Pejam celik hari ni dah pun 29 ramadhan..tinggal esok aje lagi kita akan menyambut 1 syawal yang mulia.Rasa sedih gak lah nak meninggalkan bulan ramadhan yang mulia dan penuh berkah ini manakala rasa teruja lak nak sambut 1 syawal...walaupun persiapan raya sangat2 sederhana pada tahun ini.ok lah saya nak kongsi sikit kenangan2 masa kecik dulu...malam raya je saya dan adik2 mula lah menyibuk kat dapur tolong mak wat biskut dan anyam ketupat walaupun ketupat yg saya anyam tu tak senonoh bentuk rupanya tapi mak sabar je melayan saya dan adik2..bila dah bosan 'mengacau' mak di dapur saya,adik2 dan kawan2 gi main mercun lak kat depan rumah,masa tu mercun belum lagi di haramkan oleh kerajaan.sambil main mercun tu kamai beramai2 menyanyi lagu raya antaranya lagu selamat hari raya( saloma),suasana hari raya ( anuar/elina) selamat hari raya ( ahmad jais) dan suasana hari raya ( shrifah aini)..tu lah antara lagu2 yg kitaorang nyayi siap bawa radio buruk kat luar rumah waktu tu guna bateri kereta sbb tak de elektrik lagi di kg saya.masa tu laman rumah saya penuh dengan pelita minyak tanah.Abah saya yg wat pelita tu dengan mengunakan tin susu.Esoknya pagi raya jam 5 pagi mak kejutkan kami adikbradik bangun untuk mandi sunat raya..punya lah sejuk air telaga sampai belaga2 bibir kami menahan kesejukan tapi sebab kan semngat raya yang brkobar2 dalam diri ,kami rela aje. pas mandi dan pakai baju baru..sebelum merasmikan makan 'di siang hari' kami adik beradik mencium tangan mak,abah dan nenek mohon ampun...peh! masa tu kitaorang meleleh2 air mata menangis sedih sbb banyak sangat dosa kat mak abah dan nenek...pas dah besalam2 kitaorang jadi ' kanak2 riang' semula.pastu mak dan nenek sediakan makanan antaranya ketupat daun palas,ketupat nasi,rendang daging,rendang ayam dan kuah kacang,fui! sedap betul mak dan nenek masak sampai kami adik baradik bedal 2 pinggan.dah siap2 makan kami gi bejalan rumah jiran( masa tu tak sembahyang raya pun dah ekcited nak beraya) pas gi rumah jiran dan bawa kwan2 kami dalam 5,6 orang lagi dah bermakna kumpulan kami besar..kami pun memulakan perjalanan dari sebuah rumah ke sebuah rumah sampai lah penat,ada masa tu saya gi beraya rumah orang sampai tetidur kat rumah orang tu...punya lah jahat kawan2 saya ajak adik2 saya sekali tinggalkan saya tertidur ,mujur gak tuan rumah tu terperasan saya masih ada lagi kat rumah dia sebab masa tu saya tertidur kat tepi belakang kerusi rotan(masa tu peten lama)..apalagi terkejut giler saya bila sedar saya sorang2 kat rumah makcik tu.sambil terkulat2 malu saya pun apalagi CABUT lah,rupanya kawan2 saya saja nak perkenakan saya diorang siap menyorok atas pokok kat kawasan rumah makcik tu.syukur dan lega lah gak..ingat kan kwan2 da adik saya tinggalkan saya betul2,nakal sangat diorang ni.bila ingat2kan kengan masa kecik dulu hati saya sayu sangat2...cepat betul masa berlalu dan merampas segalanya.takkan dapat saya ulangi kenangan2 dulu.Paling yang mengembirakan saya bila nak balik..cepat je kami bersalam nak duit raya.walaupun masa dulu2 duit raya orang bagi takat 20 sen je tapi bagi kami memang lumayan ...kumpul2 dapat gak lah dekat rm 30 lebih selama 3 hari beraya di rumah orang.tu belum lagi biskut2 raya yang saya dan kawan2 sorok dalam poket untuk bekalan dalam perjalanan.sampai hancur tinggal habuk biskut raya tu dalam poket dah di campur sekali dengan duit syiling yang kami dapat.memang best sangat beraya masa kecik2 dulu.Sekarang ni zaman pun dah berubah dan saya dah pun jadi mak orang...masa ni anak2 saya pula yang merasai kemeriahan hari raya...walaupun tak semeriah masa saya kecik2 dulu tapi anak2 tetap teruja nak beraya.yelah kami beraya di kg hanya 4 hari je pastu balik semula di bandar...apalah yang ada di bandar ni,jiran2 pulak semuanya balik semenanjung dan jiran2 yang lain bangsa asing.Hubby saya pula raya ke 2 dah kembali bertugas, hanya dapat pelepasan pada raya pertama je.kerana kesiankan anak2 saya tinggallah lama sikit di kg mertua..mujur gak lah ada ipar saya dari sandakan balik beraya di rumah mertua tahun ni.ikutkan perancangan mereka...tahun ni diorang plan nak balik selangor rumah keluarga istrinya tapi batal di saat terakhir,mujur gak diorang tak jadi balik..kalau tak makin sunyi rumah mertu saya sebab anak2 yang lainnya semua tak balik mereka beraya di rumah mertua.ok lah..panjang lebar saya becerita...di sini saya nak ambil kesempatan mengucapkan selamat hari raya aidilfitri pada pengunjung2 blog saya dan buat mak,abah saya minta maaf kerana tak dapat menyambut raya bersama.buat sahabat2 dan adik2 saya ucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Wednesday, September 16, 2009

kisah penghuni rumah orang2 tua di lupakan anaknya.

Saya baca metro tadi terasa sayu sungguh hati ini bila membaca artikel seorang ibu di ingalkan oleh anaknya di rumah orang2 tua kerana nak mengikut anaknya beraya di samping anak dan cucu.saya ni memang sensitif apa lagi berkaitan dngn ibu tua di yg di buang oleh anak2nya dan anak2 yatim...kisah2 sedih mereka tu memang boleh membuatkan hati saya jadi sayu dan automatik lah air mata laju je nak kluar.Dlm abad ini masih ada lagi anak2 yang sanggup meghantar ibunya di rumah perlindungan org2 tua malah ada yg lebih zalim lagi anak2 itu langsung tak menjenguk ibu/bapa di pusat jagaan itu.Alhamdulilah...wlupun saya tingal jauh di negeri bawah bayu ni tapi setiap minggu saya akan telifon mak dan abah malah setiap bulan tetap mengirimkan duit walaupun sedikit,walaupun jauh tapi mak,abah dan adik2 tetap di hati saya.Besyukur saya pada Allahkerana memberikan saya seorang suami yg baik dan bertangungjwb bukan saja pada keluarganya malah pada keluarga mertua.Memang tangungjwb anak2 untuk menjaga ibubapa apabila anak2 itu dah dewasa..tak kira lah anak tu perempuan atau lelaki,itu adalah tngujwb kita untuk menjaga ibubapa yg telah uzur.saya nak ceritakan kisah mengenai warga emas yang di tingalkan sendirian oleh anak ni ....sebelah rumah mak mertua saya ni ada seorang warga emas yg ada 3 orang anak kandung dan seorang anak angkat lelaki...sekarang ni pakcik ni dah setahun lebih meningal dunia....teringat saya apabila je saya sekeluarga balik ke rumah mertua,arwah ni akan duduk termenung di tepi tingkap menegur kami,kebetulan lak hubby saya parking kereta di tepi rumah arwah ni.memang sayu tengok arwah ni makan minumnya langsung tak di pedulikan oleh anak2nya.apalagi bila tibanya raya langsung anak2 tak menjenguk...padahal anak2nya bukan lah orang susah malah ada yang berkerja sebagai pegawai perhutanan.Sebenarnya banyak kisah sedih mengenai arwah ni tapi agak tak manis pula untuk saya ceritakan di sini...jadi saya akan copy artikel berita yang saya ambil dari HARIAN METRO.cuma saya nak nasihat sikit...rajin2 lah kita menjenguk makbapa kita di kg dan pada yang tinggal jauh tu macam saya ni rajin2 lah juga telifon mereka walaupun kita tak mampu nak balik @ kirimkan duit sekurangnya telifo untuk tanya kabar apalagi aidilfitri yang tak sampai seminggu lagi akan menjelang tiba.ni saya copy artikel berita dari metro.

Luluh hati ibu

JOHOR BAHRU: Sekeras-keras batu, keras lagi hati seorang anak lelaki yang tergamak memecut kereta meninggalkan ibunya.

Lebih memilukan, dia tergamak membiarkan wanita tua itu berlari mengejarnya kira-kira 20 meter kerana mahu mengikut si anak pulang menyambut Aidilfitri di rumah.
Namun, apalah kudrat seorang wanita berusia 70-an, apatah lagi terpaksa menggendong bungkusan baju dalam kain batik, untuk mengejar kereta anaknya berusia 40-an yang semakin jauh meninggalkannya.
Ia bukan babak menyayat hati dalam drama televisyen, tetapi realiti hidup ditempuhi seorang penghuni rumah jagaan warga emas dan psikatri di Jalan Denai 1, Kempas di sini, yang begitu mengharapkan untuk pulang menyambut hari raya bersama anak dan cucunya di Masai, dekat sini



Kisah sedih pada pertengahan Ramadan itu diceritakan Pengasas Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor, Norijah Bidin kepada wartawan Harian Metro, semalam.


Menurut Norijah, beliau masih mengingati detik cukup menyentuh perasaan itu, apatah lagi kakitangan rumah jagaan berkenaan terpaksa memujuk warga emas uzur terbabit supaya bersabar dan wanita tua itu hanya mampu menangis mengenangkan nasibnya ditinggalkan anak sendiri.
Katanya, kejadian bermula apabila lelaki berkenaan datang menziarahi ibunya di rumah penjagaan itu bagi memaklumkan dia tidak dapat dibawa pulang pada hari raya kali ini kerana tiada sesiapa menjaganya.
“Kami menyangka dia ingin membawa ibunya pulang bagi menyambut Aidilfitri kerana sudah dua tahun wanita berkenaan beraya di sini,” katanya ketika ditemui.
Menurutnya, terlalu seronok dengan kunjungan anak lelakinya, wanita tua terbabit terus menyalin pakaian dan bersiap untuk mengikut pulang ke rumah keluarganya di Masai.
“Kami melihat wanita itu bersungguh-sungguh membungkus pakaiannya ke dalam kain batik kerana mahu pulang ke rumah anaknya,” katanya.
Menurut Norijah, tanpa disangka-sangka, ketika si ibu sedang sibuk berkemas, lelaki berkenaan beredar dari situ secara senyap-senyap tanpa memaklumkan sesiapa.
“Menyedari anak lelakinya mahu beredar, wanita itu panik dan mengejar kereta anaknya yang mula meninggalkan kawasan rumah kebajikan.
“Wanita tua itu berlari kira-kira 20 meter untuk mengejar kereta berkenaan, tetapi anaknya tetap meninggalkannya.
“Si ibu yang terkilan dengan perbuatan anaknya bukan saja mengalami masalah kesihatan, malah kemurungan selama beberapa hari kerana hampa tidak dapat pulang beraya di rumah,” katanya.
Norijah yang bertugas sebagai jururawat di Hospital Permai di sini, berkata daripada 11 warga emas yang mendapatkan perlindungan di pusat jagaan berkenaan, segelintir masih mempunyai ahli keluarga termasuk anak.
Menurutnya, lebih mengecewakan, waris warga emas berkenaan yang juga bekas pesakit psikiatri tidak datang menjenguk mereka menjelang 1 Syawal yang bakal tiba.
“Ia mengakibatkan warga emas itu menyambut Aidilfitri bersama penghuni lain di pusat jagaan ini walaupun mereka merindui suasana beraya dengan keluarga di kampung.
“Sempena Aidilfitri kali ini, kami amat berharap jika anak warga emas mahupun waris penghuni di sini, datanglah berkunjung bagi menggembirakan mereka. Kalau bukan selalu, setahun sekalipun cukuplah,” katanya.(petikan dari metro)

.masa mereka masih ada ni la kita nak jenguk dan jaga mereka...jangan bila mereka dah taada lagi di dunia ni baru lah kit nak rasa menyesal...ingat lah..setiap apa perbuatan dan perlakuan kitamesti ada balasannya...nanti esok lusa anak2 kita pula yang buat lebih teruk dari apa yang kita buat pada makbapa kita.


Sunday, September 13, 2009

shooping raya di kk


siang tadi saya dan anak2 bershoping beli baju raya dan eksesori jer.tak banyak pun beli takat 2,3 pasang je sorang lagipun saya dah pun menjahit baju kurung dan baju melayu untuk anak2..mujur gak lah pandai menjahit sikit2 kalau tak memang terlebih bujet lah.ni saya snap gambar2 kat kedai eksesori tapi tak sempat nak snap gambar di shooping komplek sbb beteri kamera dah lemah hanya sempat snap gambar anak2 tengah keletihan...hehehe kesian yelah dah lah puasa pastu berjln dngn besesak2 ramai betul org bershooping di saat terakhir ramadhan ni.lagipun sejak ada wabak H1N1 ni saya dan anak2 jarang keluar so kena berhati2 lah masa shooping selain bertawakal.

menu berbuka hari ni...


ni antara menu berbuka hari ni...anak2 memang suka sangat lauk yang berkicap tu lah kebanyakan resepi saya ada buh kicap,nak tengok resepi sudi2 lah lawat laman blog terbaru saya yg terdiri dari pelbagai koleksi resepi saya...tak main lah copy resepi orang..hehehe tu dah kira menciplak karya orang hehehe.haa...tajuk blog terbaru saya http;//resepi kakza-harliza.blogspot.com.sudi2 lah melawat ye....

Thursday, September 10, 2009

kesal dengan sikap penunjuk perasaan INDONESIA


Saya sememangnya sangat kesal dengan segelintir rakyat INDONESIA yang sanggup menahan dan mengusir rakyat MALAYSIA di sana...apakah ini balasan yang kita dapat atas kebaikan yang kita telah berikan ke atas rakyatnya di negara kita.Sedarkah mereka yang kita lah YANG PERTAMA membantu mereka apabila ada berlaku bencana? malah membantu rakyatnya mencari sesuap nasi di bumi MALAYSIA Ini.tetapi rakyat dan kerajaan malaysia Dicemuh, dicaci dan dihina oleh jiran yang serumpun, malah sebilangan besarnya saudara seagama, amat menyakitkan. Tetapi lebih menyakitkan apabila media kita seolaholah tiada semangat nasionalisme dalam isu ini. Media penyiaran khususnya hanya lebih mementingkan keuntungan berbanding menyelami isi hati rakyat Malaysia. Kenapa kita diperlakukan sebegini rupa, sehinggakan ada rakyat Indonesia yang sudah bersiap siaga untuk melancarkan perang ke atas Malaysia, kita masih mengagungkan mereka di dalam radio dan televisyen? Bahkan dengan angkuh sekali, seorang penyanyi utama kumpulan seberang yang terkenal di Malaysia, melabel Malaysia sebagai pencuri dan mengatakan bahawa beliau tidak kisah jika tidak dibenarkan membuat persembahan di Malaysia selepas ini. Kenyataan angkuh artis ini mungkin hanya berlalu seiring waktu apabila nanti ada pihak yang tidak peka dan terus menjemput artis yang begitu nyata menghina negara kita. Boleh dikatakan setiap siaran TV di Malaysia ini menayangkan drama-drama Indonesia yang mana lebih 80 peratus daripadanya begitu murahan dan mempunyai unsur-unsur yang tidak elok. Begitu juga halnya dengan radio, setiap kali menukar siaran pasti terdengar lagu-lagu dari seberang. Bukanlah kita ingin bersikap tidak rasional seperti Indonesia tapi sekurang-kurangnya biarlah nampak kita berbuat sesuatu, bukan sekadar memejamkan mata dan memekakkan telinga. Hati saya, bahkan seluruh rakyat Malaysia, rasa terhiris apabila mereka membakar bendera negara ini yang amat dicintai. Jika kita melayari Internet tidak terkira begitu banyak sekali kata-kata nista yang dihambur ke atas Malaysia, bukan sahaja di sesawang individu bahkan laman web yang terkenal seperti Youtube. Di sini, tidak perlulah kita menyatakan lagi siapa yang bersalah dalam ketegangan ini, kerana yang pasti, pihak Indonesia telah memekakkan telinga dan membutakan mata, dan hanya berpegang pada kepercayaan awal mereka. Fitnah yang dilempar dengan tanpa usul periksa, itulah yang mereka laung-laungkan dan dipegang menjadi dendam. Betapa kuat bukti dan fakta yang cuba Malaysia sampaikan hanyalah sekadar angin lalu bagi mereka. Kelmarin kita melihat ekstremis mereka dengan mengadakan sekatan jalan raya dengan bersenjatakan buluh runcing untuk mengusir rakyat Malaysia di sana. Apakah mereka tidak sedar berapa sangat nisbah rakyat kita di sana berbanding rakyat mereka di sini? Apakah mereka tidak sedar akibatnya jika rakyat Malaysia juga berfikiran singkat seperti mereka? Indonesia seperti lupa apa ertinya kesefahaman, bertolak ansur dan saling memaafkan seperti mana yang dituntut dalam agama. Mereka seperti tidak menghayati rahmat Ramadan, dan masih melihat sesuatu isu dengan penuh perasaan benci. Oleh itu, saya menyeru pihak media janganlah hanya berpeluk tubuh, media tidak perlu menghasut rakyat untuk mengangkat senjata berperang tapi cukuplah dengan mengadakan sekatan pada bahan-bahan produksi dari negara Indonesia. Hentikanlah segala kerjasama hiburan dengan Indonesia kerana mereka tidak pernah menghormati negara kita. Tidak perlu lagi kita mengagung-agungkan karya daripada pihak yang mempunyai dendam kesumat kepada kita. Apakah ini provokasi permainan politik segelintir individu yang tak senang dengan kejayaan MALAYSIA dengan sangup membawa buluh runcing untuk mengusir rakyat kita di sana. Tahukah mereka lebih sejuta rakyat mereka di sini ada yang mencari rezeki malah ada yang mengambil kesemptan dengan kesenangan segelintir rakyat malaysia dengan merompak,membunuh malah merogol.kepada media indonesia jangan lah mengapi2 kan isu mengenai tarian pendet dan hak cita lagu terang bulan.

Wednesday, September 9, 2009

segelintir peniaga bazar ramadhan jual makanan kitar semula


Saya jarang sangat beli makanan di bazar ramadhan atau makan di luar. memasak sendiri bukan saja dapat menjimatkan malah terjamin kebersihannya,tapi bagi wanita berkerjaya memang menjadi masalah apabila memasak sendiri memandang tak cukup masa dan waktu,apalagi bila sampai di rumah agak lewat dengan kesesakan jalan,kena kerja lebih masa atau terpaksa mengambil anak dari sekolah sesi petang atau di taska dan rumah pengasuh,nak tak nak terpaksa berurusan dengan peniaga yang tak jujur semata2 untuk mengelak menangung kerugian berikutan jualan kurang dapat sambutan Hanya kerana enggan menanggung kerugian, segelintir peniaga bazar Ramadan di sekitar bandar raya ini dikesan menggunakan taktik 'mengitar semula' makanan dijual, tanpa memikirkan kesan diterima pembeli.
Dengan susunan tertentu, pembeli tidak akan menyedari kuih atau juadah jualan berkenaan sebenarnya dipanaskan semula peniaga tidak bertanggungjawab sebelum ia dicampurkan dengan kuih atau juadah baru. mendapati kegiatan ini berlaku di bazar Ramadan bersaiz kecil yang tidak begitu mendapat sambutan orang ramai atau peniaga persendirian di tepi jalan yang mempunyai pelanggan terhad. Akibatnya barang jualan mereka banyak tidak laku dan disebabkan tidak mahu menanggung rugi, ada peniaga yang tergamak menjual semula kuih atau masakan mereka kepada pembeli yang gagal membezakan antara juadah lama atau baru. Kuih tahan lama seperti karipap, apam balik dan murtabak antara jualan yang paling mudah 'dikitar semula' dengan peniaga cuma perlu meletakkannya pada bahagian atas sementara kuih baru diletakkan bahagian bawah.

Ketika berkunjung pada jam 2 petang di sebuah bazar Ramadan di pinggir bandar raya ini, beberapa peniaga kelihatan menyusun kuih dipercayai dikitar semula pada bahagian atas longgokan kuih baru. Kuih berkenaan boleh dikenal pasti sebagai jualan lama berikutan strukturnya agak kusam berbanding yang baru, selain agak berlendir bagi kuih basah namun bagi kuih kering sukar dibezakan. Ada juga peniaga makanan bergoreng, bertindak mencampurkan mi atau kuey teow lama dengan yang baru sebelum ia digoreng semula untuk dijual kepada pelanggan yang menyangka juadah baru. "Sebagai pelanggan saya memberi kepercayaan kepada peniaga kerana mereka lebih tahu mana satu kuih atau juadah elok dan baik. "Memang berlaku peniaga tidak bertanggungjawab menjual semula barang jualan lama dan saya sendiri pernah terbeli namun saya menyedarinya berikutan bau dan rasanya sudah berubah. "Sebagai ibu bapa, saya bimbang jika anak yang termakan kerana mereka tidak mengetahui mana kuih elok kerana ia boleh menjejaskan kesihatan pembeli," katanya ketika ditemui. adalah sesuatu yang sukar untuk membezakan antara juadah lama dan baru kerana peniaga bijak mengelirukan pembeli kerana pembeli tidak sedar jika rasa makanan berkenaan tidak berubah. orang ramai yang berkunjung ke bazar Ramadan seharusnya pandai memilih juadah berbuka dengan waktu terbaik antara jam 4 petang ke atas kerana kuih atau juadah kitar semula sudah habis .

Tuesday, September 8, 2009

wanita kena berani membuat laporan polis apa bila di cabul atau di rogol


saya memang simpati dengan wanita yang menjadi mangsa cabul,rogol dan dera.mereka kena berani bersuara dan melaporkan pada polis bukan hanya memendam rasa dan akhirnya membuatkan diri jadi tekanan dan mengalami kemurungan. BERITA 'Guru dakwa dicabul doktor rawat tupai' adalah contoh yang patut menjadi teladan kepada semua wanita. Mereka harus berani membuat laporan polis jika dicabul. Wanita juga harus menegakkan kebenaran kerana jika mereka menjadi mangsa dan membiarkan saja pemangsa lepas, mungkin pemangsa akan melakukan perkara sama ke atas orang lain pula. Jadi tindakan membuat laporan polis adalah satu tindakan tepat. Kenapa membiarkan saja lelaki berhidung belang melakukan pencabulan terhadap wanita dan dibiarkan begitu saja? Ia akan membuatkan mereka lebih berani kerana mereka terlepas bila melakukannya ke atas mangsa? Jika ini dibiarkan, mungkin tindakan mereka yang mencabul kehormatan wanita itu akan memuncak dan menjadi rogol pula kelak.walaupun hanya jadi mangsa cabul seeloknya wanita harus segera melaporkan pada pihak polis,jangan biarkan pencabul bermaharajalela dan akhirnya mereka akan berani bertindak lebih dari cabul mungkin akan merogol dan membunuh.didik lah anak gadis kita dengan ilmu keselamatan,pertahanan diri dan sedikit pengetauhan tentang undang2 agar mereka tahu ada undang2 menjaga kepentingan hak wanita.kadangkala wanita ini takut hendak melaporkan kepada polis kerana beranggapan nasib mereka tidak di bela.

Monday, September 7, 2009

teka teki

dah lama tak main teka teki...jom kita sama2 meneka untuk merilekskan minda hehehe...ambik dari laman web orang, jangan marah yee..pinjam je.

Dalam Banyak2 air,air apa yg paling berani?
Ha.Ha.Ape bende tu?! Kalau nak tahu, jawapan yg sebenarnye ialah air terjun..sebab dia berani terjun!!!! Ha!!! Ha!!! Ha!!!!!

Banyak- banyak binatang...binatang apa keluar haid...
jwpn: kura-kura..ala tu pun tak tahu...keluar HEAD....tak paham jugak.ala kepala le..

Dlm 1 pertunjukkan.. seorg ahli silap mata tlh memijak kaca dgn tpk kakinya.. ttp dia x mengalami kelukaan..lalu dia memijak paku yg brtaburan..dan x luka juga..apabila selesai persembahan dia jln
terhencut2 kerana terpijak tahi ayam...hehehe..... ok x ... lawak x...

Dlm bnyk2 binatang..... bntg ape yg bertelur dan beranak.....kira 2 alam la niiii..... ha jwp2.... ...siput babilaaaaa.....ye la siput bertelur...babi beranak....

Kalau anda ni semuanya pandaiiii cuba teka, banyak-banyak sungai,
sungai apa yang paling berat?
Jawapannya ialah Sungai Besi...Ha...ha...ha...

Kereta dengan motor, mana lebih tua?
jawapannya adalah motor,sebab motor pakai tongkat...

Dlm banyak- banyak pokok,pokok apa yg baik hati?
jwpn dia pokok pisang sebab dia keluarkan jantung dia.

Ni dia satu lagi teka teki dari aku..huruf jawi apa yang ada angin...
huruf TA dan YA laa... kan jadi TAYAR tu

kasut apa yang paling keras?
Kasut batu..salah maa.. kasut BATA laaaa...muhahaha..lawak ka?

Sebuah bas telah berhenti secara mendadak kerana hampir terlanggar
seekor katak.apakah yang akan turun dahulu selepas pemandu itu behenti?
jawapannya ialah meter bas tulah

Antara huruf A hingga Z,banyak-banyak huruf tu..mane huruf yang boleh kahwin ...ahhh sape dapat jawab????
jawapannya ialah...huruf i ngan u lerrr..hehehehehe.nih antara
pasangan bercinta lerrr ..hehehehe



perdana menteri mengajak kita menghayati nuzul al Quran

saya baru je baca akhbar tadi terharu dengan permintaan perdana menteri kesayangan saya menyuruh kita menghayati nuzul al Quran



Perdana Menteri ajak umat Islam hayati hikmah Nuzul al-Quran
- Datuk Seri Najib Tun Razak mahu umat Islam menghayati peristiwa Nuzul al-Quran atau penurunan wahyu hari ini kerana ia membawa perubahan besar dalam kehidupan manusia sejagat.

Perdana Menteri berkata, al-Quran yang diturunkan itu membawa prinsip kesejagatan Islam melibatkan prinsip keadilan sosial dan dasar saling menghormati agama-agama lain.

Katanya, kitab suci itu turut melarang umat Islam mencerca agama lain bagi mengelakkan penganut agama tersebut bertindak balas mencerca Islam dengan lebih teruk lagi.

''Dalam Surah al-Maidah:8, Tuhan perintahkan kita supaya kita jangan membenci sesuatu kaum yang lain sehingga kita tidak berlaku adil.

''Dalam surah itu, Tuhan tidak sebut umat Islam, tetapi kaum, bererti Islam adalah untuk semua dalam erti kata menegakkan keadilan sosial secara sejagat dan ini ada hubung kait dengan konsep 1Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di Dataran Perdana di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perdana Menteri berkata, dua prinsip universal dalam Islam tersebut perlu diamalkan oleh rakyat negara ini supaya negara mencapai lebih banyak kejayaan pada masa depan.

''Kalau kita melakukan perkara ini, umat Islam dan negara Islam akan lebih dihormati dan kita akan menjadi lambang model negara Islam yang berjaya," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menarik perhatian tentang bulan Ramadan, sambutan nuzul al-Quran dan semangat gema kemerdekaan negara yang mempunyai kaitan antara satu sama lain.

Jelas beliau, ketiga-tiga perkara tersebut membawa erti tentang perubahan yang perlu dilakukan oleh masyarakat Islam.

''Dalam bulan Ramadan, kalau kita menghayatinya sebagai satu tarbiah, maka akan berlaku perubahan yang besar dalam diri kita dan kita sambut hari kemerdekaan juga berlaku perubahan besar kepada negara.

''Hari ini Nuzul al-Quran, ia membawa rahmat kepada manusia sejagat dari zaman kegelapan kepada cahaya, inilah bila kita tekankan perubahan.

''Ia bukan perkara baru sebaliknya sudah dituntut oleh agama, sesuatu yang boleh membawa kejayaan yang besar kepada negara," katanya

Dalam hal ini, beliau turut memuji penjawat awam yang menjalankan tugas seperti biasa malah ada yang bersifat luar biasa meskipun dalam bulan Ramadan.

''Ini menepati sejarah perjuangan Islam di mana umat Islam di zaman Rasulullah mencapai banyak kejayaan dalam bulan Ramadan seperti perang Badar dan Khandak," katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri memberi jaminan bahawa kerajaan akan terus memberi komitmen untuk membela nasib dan kebajikan penjawat awam mengikut kemampuan yang ada.

''Sabtu lalu saya melawat kuarters Jabatan Kerja Raya (JKR), saya tengok sedih, JKR yang buat bangunan untuk orang lain tetapi kakitangan dia dalam keadaan ada yang tinggal dalam rumah satu bilik, ada yang tambah bilik sendiri.

''Ini tidak boleh dipertahankan (dibiarkan), kita akan buat projek baru, Insya-Allah akan dijalankan," katanya

antara puasa dan menahan lapar dan dahaga

Mengempang Atau Menahan


Minggu lalu saya dan seorang kenalan rapat berbincang tentang persediaan menghadapi bulan puasa. Perbincangan tidak tertumpu pada persediaan perbelanjaan mahupun menu masakan berbuka atau bersahur, tetapi lebih kepada usaha untuk meningkatkan kualiti puasa – daripada puasa orang awam ke tingkat puasa orang soleh (setidak-tidaknya).

“Puasa ertinya menahan. Bulan puasa ialah bulan menahan. Apa yang kita tahan?” Tanya sahabat saya.

Saya kira dia hanya ingin memeriahkan perbincangan. Kedudukannya sebagai ustaz tentunya sudah arif tentang segala puasa dan selok-beloknya.

“Menahan nafsu. Nafsu yang menjadi punca kejahatan dalam diri,” jawab saya ringkas.

“Nafsu tidak boleh dihapuskan. Tetapi perlu dikawal. Dan syarat pertama untuk kita dapat mengawal sesuatu ialah kita mesti mampu menahannya terlebih dahulu.”

“Bila kita mampu mengawal nafsu, barulah kita mampu mengawal diri.”

“Mengawal nafsu seperti mengawal kereta, kita mesti ada brek. Dengan brek kita boleh berhenti. Tapi bila brek sudah rosak atau haus, maka kereta akan meluncur hingga terbabas.”

“Benarkan puasa kita selama ini sudah berfungsi sebagai brek pada nafsu kita? Benarkan puasa kita sudah menahan? Atau sekadar mengempang? tanya saya.

“Maksud awak?”

“Siang kita mengempang nafsu makan, bila berbuka kita lepaskan semahu-mahunya. Jika demikian, puasa kita bukan melemahkan kejahatan nafsu, malah melatihnya agar lebih kuat hingga menjadi jana kuasa,” jelas saya.

“Betul tu, selalunya apabila bulan puasa, makanan yang disediakan untuk berbuka jauh lebih enak, lebih banyak berbanding bulan-bulan yang lain. Itu mengempang nafsu, bukan menahannya!”

“Belanja dapur bertambah daripada biasa. Nafsu tidak terdidik. Hati pula menjadi resah. Fizikal lembap. Tujuan puasa tidak kesampaian. Rugi dunia, rugi akhirat.”

“Jadi mulakan langkah meningkatkan puasa dengan biasa-biasa sahaja sewaktu berbuka. Percayalah, bila lapar, kita lebih berselera. Hanya nafsu sahaja yang merasuk bukan-bukan. Nak itu, nak ini.”

Utamakan “Jangan”

Dalam pergaulan kita dituntut supaya lebih utamakan “jangan”daripada “suruh”. Misalnya: Jangan mengumpat lebih utama daripada memberi nasihat. Ertinya, jika kita tidak mampu memberi nasihat kepada seseorang tidak mengapa, tetapi yang lebih utama jangan mengumpatnya. Jika tidak dapat membantunya, tidak mengapa asalkan jangan menyusahkan. Tak mengapa jika tidak dapat memberi asalkan jangan mencuri. Begitu saya dengar melalui pengajian tafsir Al-Quran tentang pergaulan dalam Islam bulan lalu.

“Saya rasa dalam puasa pun begitu juga,” luah saya kepada sahabat sepengajian.

“Maksudnya, jangan buat lebih utama daripada suruh buat?”

“Saya rasa begitu. Tapi nanti kita tanyalah kepada yang lebih arif. Tetapi dalam Ihya’ Ulumuddin jelas dinyatakan, meninggalkan mengumpat pada siang hari lebih utama daripada solat sunat pada malam hari atau qiamullail."

“Dan itu sinonim dengan sebuah hadis yang menjelaskan betapa seorang wanita dikatakan ahli neraka, walaupun banyak solatnya pada malam hari dan banyak puasanya pada siang hari kerana lidahnya selalu menyakiti hati jirannya,” tambah sahabat saya.

“Hairan, walaupun pada bulan puasa begitu ramai orang yang solat tarawih dan membaca Al-Quran, tetapi persaudaraan dan perpaduan di kalangan kita tidak bertambah kukuh,” balas saya seolah-olah menukar hala perbincangan.

“Apa kaitannya antara tarawih dengan perpaduan, baca Al-Quran dengan persaudaraan?” tanya sahabat saya. Dia faham perubahan saya. Sudah lama kami bersahabat. Dia selalu melihat saya mengubah “rencah” tanpa mengubah kuah.

“Bersolat, membaca Al-Quran itu meningkatkan iman. Apabila iman meningkat, ukhuwah secara automatik akan meningkat. Iman dan ukhuwah terhubung secara berkadar terus. Jika ukhuwah bermasalah itu petanda iman juga bermasalah.”

“Kenapa agaknya? Solat tarawih dan baca Al-Quran pada bulan puasa tidak meningkatkan iman dan persaudaraan?”

“Sebab kita terlupa perkara “jangan”. Banyak perkara “jangan” yang kita buat walaupun pada masa yang sama banyak perkara “suruh” yang kita laksanakan.”

“Maksudnya?”

“Banyak baca al-Quran tetapi mengumpat kita buat juga. Banyak solat, tetapi hasad dengki terus dilayan. Banyak yang sunat-sunat kita buat, tetapi pemarah, prasangka, malas terus kita ikutkan.”

“Jadi kau rasa elok sahaja kita tinggalkan ‘jangan’ walaupun tidak buat apa yang disuruh?”

“Jangan pula begitu… kita bercakap tentang usaha meningkatkan puasa. Ya, cuba kita tingkatkan puasa tahun ini dengan meninggalkan perkara ‘jangan’ di samping membuat perkara ‘suruh’!”

Bergaduh Pasal Moreh

Percaya atau tidak, ada ahli jemaah masjid yang berkrisis kerana berebut giliran buat kenduri moreh.

“Tak patut, dia ambil malam jumaat. Sedangkan saya dah booking dulu. Ah, mentang-mentanglah dia ada pangkat, ada duit, giliran saya dikebasnya. Entah-entah AJK masjid pun dah bersubahat sama.”

“Tenanglah Pak Haji, niat dan usaha Pak Haji telah dinilai oleh Allah. Memberi makan orang berbuka puasa ini sangat besar nilaiannya di sisi Allah.”

“Sebab tu saya nak malam Jumaat. Lebih berkat. Malah lebih ramai ahli qariah kita yang dating. Ni saya dapat malam Selasa, orang kurang. Kalau dapat malam minggu, kira OK juga.”

“Sabar la Pak Haji. Kami semua faham hasrat Pak Haji tu. Lagipun belum tentu malam Selasa tu tak ramai orang. Kadang-kadang mengejut sahaja musafir dan pekerja-pekerja asing dating berbuka di masjid kita ni.”

“Saya tak mahu musafir. Saya tak hendak pekerja-pekerja Bangla, Pakistan yang ramai…Saya nak orang tempatan makan kenduri saya.”

“Eh Pak Haji, yang paling utama kita berikan makanan bukankah orang yang lebih memerlukan? Musafir tu orang yang penat. Berhenti rehat dan solat. Kekadang kurang belanja atau tak sempat beli makanan, eloklah dia makan kenduri kita. Pekerja asing tu, kekadang lebih susah dan melarat. Bagus kalau kita menolong orang yang susah.”

“Mereka tu mana kenal saya? Saya nak orang qariah ini, itu lebih utama. Musafir dan pekerja asing ni siapa? Saya tak kenal mereka, mereka tak kenal saya.”

“Yang penting mereka saudara kita. Allah kenal kita semuanya Pak Haji. Puasa mengajar kita ikhlas. Ia ibadah paling tersembunyi, kita curi-curi makan atau sembunyi-sembunyi minum pun orang tak tahu. Allah sahaja yang tahu, tidak seperti solat, haji dan zakat, orang Nampak kita lakukannya. Usahlah bergaduh kerana nak buat baik Pak Haji…”

Itu cerita benar, tahun lepas saya alaminya. Tahun-tahun ini kita akan dengar cerita yang serupa walaupun dalam versi yang berbeza. Betapa agama menjadi ritual yang kosong makna. Masih ramai yang “menyembah” diri dalam sangka menyembah Ilahi.

tanda2 taubat di terima Allah

Tanda-tanda Taubat Diterima ALLah

Seorang ahli hikmah ditanya mengenai taubat. Bagaimanakah kita hendak mengetahui taubat kita telah diterima Allah atau tidak? Maka jawabnya, ini adalah urusan Allah,kita tidak berupaya menentukannya,...tetapi kita boleh melihat pada tanda-tandanya iaitu:

1. Bagi hamba-hamba yang bertaubat itu bila dia merasakan di dalam dirinya masih ada dosa-dosa yang masih belum terhakis.

2. Hatinya lebih tenteram dan suka mendekati orang-orang yang solih daripada mendekati mereka-mereka yang fasik.

3. Bila dia merasakan di dalam dirinya telah hilang perasaan gembira, sebaliknya sentiasa datang perasaan sedih kerana takutkan azab Allah.

4. Bila dia melihat pada dirinya yang sentiasa sibuk dengan menunaikan kewajipan terhadap Allah sebaliknya sedikit pun dia tidak sibuk meguruskan rezekinya yang telah dijamin oleh Allah.

5. Sungguhpun sedikit rezeki yang dia dapat di dunia ini namun ia tetap melihatnya banyak, tetapi walaupun banyak amalan untuk akhirat yang telah dikerjakannya namun ia tetap merasa sedikit.

6. Bila dia melihat pada dirinya yang sentiasa menjaga lidah dan ucapannya, sering bertafakur dan selalu berada di dalam keadaan sedih dan menyesal.


Sama-samalah kita memperbanyak lafaz istighfar memohon keampunan kepada Allah yang Maha Pengampun. Semoga dalam bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini, kita semua akan tergolong di dalam golongan mereka yang mendapat maghfirah Allah ta'ala.Insya Allah.-editor.

Sunday, September 6, 2009

haa...baju raya kak long dah siap!!!


akhirnya siap gak laa baju raya kak long,saya hanya mampu buat sepasang je memandang kan sentiasa sibuk,yang selebih nya beli je setakat tshirt 2,3 helai.yang penting raya pertama anak2 dapat pakai baju kurung kira dah lengkap lah menyambut 1 syawal nanti.saya tak la berapa teruja sangat tapi anak2 lah memang tak sabar2 sangat nak menyambut 1 syawal.nama pun kanak2 kan...bagi mereka hari raya lah yang paling membahagia kan.hari ni dah pun masuk hari ke 17 kita berpuasa..syukur Alhamdulillah,kami sekeluarga dapat menunaikan ibadah puasa dengan lancar sekali.puasa ni bukan lah setakat menahan lapar dan dahaga tapi mengajar kita erti kesabaran,keinsafan dan juga menahan segala nafsu.tapi saya cukup kesal bila membaca akhbar mendapati masih ramai lelaki yang di tangkap penguat kuasa agama islam kerana mendapati makan di khalayak.tiap2 tahun baca akhbar mesti ada berita lelaki di tangkap kerana tidak berpuasa dan tanpa segan silu makan dan minum di khalayak.tertanya2 gak apakah mereka ni kurang didikan agama? atau memang tak mampu puasa kerana uzur? tapi memang mustahil kerana yang tak berpuasa ni kebanyakannya adalah remaja,orang dewasa yang kuat dan sihat.jangan lah main2 dengan pegertian puasa ni kerana itu adalah wajib ke atas umat islam.kita tak bepuasa bemakna kita telah berhutang dengan Allah,dan bila berhutang kita kena wajib membayarnya.ok lah kalau nak becerita tentang puasa ni memang panjang lebar hmm...mgkin sampai esok pun tak habis.jadi terapkan lah anak2 berpuasa dari kecil lagi bermula setengah hari..bila dah usia 9 tahun ajar lah anak berpuasa penuh tapi jangan lupa ajar sekali mereka solat dan pegertian apa itu puasa dan solat baru lah anak2 tahu jawapannya. cakap2 gak tapi jangan lupa bayar zakat fitrah,jangan melambat2kan bayar nanti terlupa pulak.tahun ni zakat fitrah di sabah rm 6.60.insyaAllah kalau tak de halangan hari jumaat ni mungkin saya balik kampung jap nak bayar zakat fitrah,tiap2 tahun hubby saya bayar zakat fitrah tu di kampungnya.

Friday, September 4, 2009

sambal udang tumbuk


haa...ni antara lauk kegemaran hubby saya,belajar masak lauk ni pun dengan mak mertua,senang dan ringkas je bahannya tapi leceh sikit nak menumbuk...habis terpercik lada dan bawang kat muka saya yang gebu nu hehehe...saya kongsikan resepi ni untuk pembaca mana tau ada yg nak mencuba.

bahan2nya:
setengah kilo udang basah segar( nak wat sikit pun boleh)
13 ulas bawang merah
secekak cili kering di rendam sampai lembut dan di potong kecil2
garam,2 sudu gula dan serbuk perasa
minyak untuk menumis

cara memasaknya:

tumbuk kesemua di mulai dengan lada kering,bawang last sekali baru udang( untuk elakkan terpercik kat muka)
dah siap tu panaskan minyak dan masak lah sampai kering dan berbau wanggi.sentiasa kacau untuk elakkan hangit dengan api pelahAN ( DALAM 20 MINIT LAH SAMPAI GARING) Sedia untuk di makan.

ayam masak kicap


bahan2nya:
1 kilo ayam (potong ikut suka dan lumurkan dngn limau @ asam jawa)
1 inci halia,1 inci lengkuas,3 ulas bawang merah,2 ulas bwg putih( di kisar)
7/8 biji cili api d tmbuk ( klu nak pedas)
5 sudu besar kicap manis
5 sudu besar kicap masin
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos perasa soya( tak de pun takpe)
2 sudu teh gula
3 lembar daun limau purut
lada besar untuk hiasan
sedikit minyak untuk menumis

cara memasaknya:

panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar hingga naik bau nya.
kemudian masukkan ayam kacau rata,masukkan kicap,sos perasa soya,sos tiram,gula ( jngn letak garam sbb kicap dan segala sos tu dah masin)
masukkan sikit air tunggu hungga kuah agak pekat sikit baru lah di masukkan daun limau purut dan cili besar.ok dah siap boleh la makan.

Thursday, September 3, 2009

sambal goreng paru


bahannya:
setengah kilo paru di rebus kemudian di goreng dan baru di potong nipis2
1 inci halia,1 inci lengkuas,3 ulas bawang merah,2 ulas bawang putih di tumbuk lumat
2 sudu gula merah
5 sudu besar cili kering yang dah di kisar
6 biji lada besar yang telah di tumbuk
1 sudu teh jintan manis dan jintan putih di tumbuk kasar
garam,dan serbuk perasa
minyak untuk menumis
1 sudu air asam jawa

cara memasaknya:

tumiskan lada kering,lada besar yg telah di tumbuk,bahan bawang,halia,lengkuas hingga naik bau. masikkan jintan manis,jintanputih,air asam jawa,garam,gula merah dan serbuk perasa kacau rata dan masukkan paru yang telah di goreng tadi. siap untuk di makan

kari ayam


haa...resepi saya ni lain sikit sbb tak gunakan santan. resepi ni kak ipar saya yang ajar tapi saya ubahkan sikit mengikut citarasa hubby saya.

bahannya:

1 kilo ayam ( potong ikut suka)
1 inci halia,lengkuas ( di tumbuk lumat)
5 ulas bawang merah,2 ulas bawang putih ( di tumbuk)
1 paket rempah kari ayam
3 biji kentang di belah 4
3 sudu air asam jawa
garam,gula dan serbuk perasa
minyak untuk menumis
2 cawan air( nak letak santan lagi bagus)

caranya:

tumiskan bahan tumbuk hingga naik bau
masukkan rempah kari dan tumis hingga wanggi dengan api kecil,masukkan ayam ( seeloknya perap ayam dengan asam jawa /limau untuk elakkan bau ayam) saya tak masukkan rempah 5 mcm bunga lawang,cengkih,kayu manis sebab hubby saya tak suka tapi kalau sesapa nak masuk pun takpe lagi harum baunya.kemudiaan masukkan air,kentang masak sampai kuah pekat akhir sekali masukkan garam,gula,sebuk perasa dan air asam jawa.masak hingga kuah pekat dan sedia di hidangkan

rendang daging


bahannya:

sekilo daging di potong kecil2 (ikut suka)
1 inci halia,1 inci kunyit hidup,1 inci lengkuas,4 ulas bawang merah,2 ulas bawang putih,sebatang serai dan sedikit lada kering kesemua ni di blender
2 batang serai di tumbuk kasar ( di ketuk)
3 sudu kerisik
3/4 cawan santan pekat
2 sudu air asam jawa
3/4 lembar daun limau purut @ daun kunyit ( tak letak pun takpe)
1 sudu teh ketumbar biji, lada hitam,lada putih, jintan manis,jintan putih di goreng tanpa minyak dan di tumbuk halus( klu nak blenderkan bahan ni dengan bahan bawang di atas pun boleh)
rempah 5 beradik ( bunga lawang,cengkih, buah pala,kayu manis)
2 biji buah keras di tumbuk halus ( saya blenderkan dengan sikit air)
sedikit garam,gula dan serbuk perasa
minyak untuk menumis

cara memasaknya:

panaskan minyak tumiskan bahan bawang dan bahan rempah ( ketumbar,jintan,lada hitam)
masukkan sekali rempah 5 ( bunga lawang,cengkih ,kayu manis,pelaga)
bila dah naik bau dan pecah minyak baru masukkan daging
kacau rata dalam 5 minit baru masukkan santan pekat,serai
dah dekat2 kuahnya nak kering baru masukkan kerisik,daun limau purut,buah keras,garam,gula ,sebuk perasa dan air asam jawa.
siap untuk di makan
selat mencuba

kuih sagu


setengah kilo sagu mata ikan di cuci dan di rendam dgan masukkan pewarna hijau /merah sampai kembang
setengah cawan gula ikut manis
setengah cawan air
sedikit kelapa parut putih di campurkan dengan sedikit garam

caranya: masukkan sagu kedam kuali yang telah di panaskan,masukkan air,gula dan kacau sampai masak dan pekat
kemudian angkat dan masukkan dalam loyang yang telah di sapukan sedikt minyak agar tak melekat,sejukkan
kemudian baru di potong dan di gaul dengan kelapa parut tadi..
senang jer nak wat kuih sagu ni.

rendang udang


cuba lah resepi ni memang sedap..

bahan2:
stengah kilo udang segar
1 inci hali,1 inci lengkuas,3 ulas bawang merah,2 ulas bawang putih di tumbuk lumat
setengah cawan kelapa di goreng keperangan
1 cawan santan pekat
1 sudu air asam jawa
1 lembar daun kunyit
1 batang serai di tumbuk kasar
sedikit garam,gula dan serbuk perasa ( klu suka)
2 sudu lada kering yang di kisar (lada api pun bolah gak guna ikut pedas
sedikit minyak makan untuk menumis

cara membuatnya:tumiskan bwng,halia,lengkuas dan lada kering hingga naik bau nya
masukkan santan pekat,serai,garam gula dan serbuk perasa,kacau rata tunggu sampai kuah tu pekat sikit baru masukkan udang,air asam jawa ,kelapa goreng,daun kunyit dan masak sampai agak kering dan boleh juga kalau nak berkuah,tapi pastikan udang jangan di masak lama nanti akan hilang rasa manis udang tu.
selamat mencuba.

resepi karipap daging


karipap ni antara kuih kegemaran saya skeluarga,karipap ni petama kali saya buat wktu usia 15 thn sbb dah biasa sangat menolong mak wat untuk meniaga.ni resepi karipap mak saya..cuba lah memang sedap dan rangup.

bahan2nya:
setengah kilo tepung gandum
1 gelas air suam
setengah gelas minyak makan yg telah di panaskan

bahan inti:
setengah kilo ubi kentang /keledek(di potong dadu)
1 inci halia,2 ulas bwg merah,1 ulas bwg puteh d tumbuk lumat
2 sudu udang kering di tumbuk
1 paket rempah kari ayam/daging
sedikit daging di potong halus2
minyak untuk mengoreng
garam,gula 2 sudu dan sdikit serbuk perasa (klu suka)

caranya:
masukkan tepung gandum,minyak panas dan air suam
gaul rata hingga bolah di uli dan lembut,klu keras @ lembik tambahkan tepung @ minyak panas jangn tmbah air nanti susah nak kelimkan karipap tu
canaikan dan masukkan inti

cara membuat intinya:
tumiskan halia,bwang yg telah di tumbuk sampai naik bau,masukkan rempah kari kemudian masukkan udang kering yg di tumbuk,daging yang di potong kecil,garam dan gula.masak sampai kering dan sejukkan baru lah boleh mulakan wat karipap
selamat mencuba.

hanis fatihah beli air...


sibuknyer dia.....!!!!
dah siap beli air saya terus ke kedai kek..cadang nak wat kek coklat..si buntal saya yang gebu ni lah nak sangat2 makan kek coklat.

ronda2 kat kedai kek


dah lama sesangat saya tak buat kek sejak melahirkan si kecil hanisfatihah,memendangkan anak bujang saya yang buntal dan gebu ni nak sangat2 makan kek coklat so kena lah wat walau si hanis ni mengacau saya di daour..memang tunggang langang dapur saya penuh dengan krim coklat.memang rambang mata tengok tepung2 kat kedai kek ni rasa macam nak wat macam2 kek tak kira lah kek chifon ke,kek strabery ke tapi memandangkan takde masa saya hanya beli tepung kek coklat,krimwell (untuk wat krin) dan coklat masakan untuk di curahkan atas kek (adik beradik dengan krim gak)

kek coklat


ni lah hasil kek coklat saya...haa...gambar last sekali tu menu bebuka puasa kami sekeluarga,lauk pauk tu jiran yang bagi,ni resepinya..
250 g ( gram tepung kek coklat (sponge mixid)
175 grm telur gred A (anggaran 5 biji)
75 gram butter/minyak makan(klu butter cairkn dulu dn sejukkn)
50ml air

caranya:
putar tepung kek coklat,telur dan air sampai kembang dalam 15 minit,putar sehala je jgn buat pusingan 8 nanti kek tak naik.kemudian masukkn butter/minyak dan gaul rata dengan senduk.sebelum itu panaskan ketuhar selama 15 minit,manakala loyang di lapis dengan kertas minyak.bakar selama 40 hingga 45 minit..selamat mencuba.
tepung kek ni kebanyakan di jual di bakery kek.

Wednesday, September 2, 2009

ini lah menu buka pose hari ni


menarik tak lauk pauk di atas ni...haa,ni jiran saya yg bagi hmm...lazat,ada nasiayam,sup ayam kentang ,ikan cencaru sumbat dan kuih donat..kek cklat tu saya wat tadi sesaje je nak enterframe,saya masak asam pedas dan ayam masak kicap je pastu ptng tadi sempat gak la wat karipap daging,nanti d lain masa saya akan letakkan resepi d sini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...