BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
selamat datang ke blog hanis fatihah, terima kasih kerana sudi melawat

Friday, September 4, 2009

sambal udang tumbuk


haa...ni antara lauk kegemaran hubby saya,belajar masak lauk ni pun dengan mak mertua,senang dan ringkas je bahannya tapi leceh sikit nak menumbuk...habis terpercik lada dan bawang kat muka saya yang gebu nu hehehe...saya kongsikan resepi ni untuk pembaca mana tau ada yg nak mencuba.

bahan2nya:
setengah kilo udang basah segar( nak wat sikit pun boleh)
13 ulas bawang merah
secekak cili kering di rendam sampai lembut dan di potong kecil2
garam,2 sudu gula dan serbuk perasa
minyak untuk menumis

cara memasaknya:

tumbuk kesemua di mulai dengan lada kering,bawang last sekali baru udang( untuk elakkan terpercik kat muka)
dah siap tu panaskan minyak dan masak lah sampai kering dan berbau wanggi.sentiasa kacau untuk elakkan hangit dengan api pelahAN ( DALAM 20 MINIT LAH SAMPAI GARING) Sedia untuk di makan.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...