saya memang simpati dengan wanita yang menjadi mangsa cabul,rogol dan dera.mereka kena berani bersuara dan melaporkan pada polis bukan hanya memendam rasa dan akhirnya membuatkan diri jadi tekanan dan mengalami kemurungan. BERITA 'Guru dakwa dicabul doktor rawat tupai' adalah contoh yang patut menjadi teladan kepada semua wanita. Mereka harus berani membuat laporan polis jika dicabul. Wanita juga harus menegakkan kebenaran kerana jika mereka menjadi mangsa dan membiarkan saja pemangsa lepas, mungkin pemangsa akan melakukan perkara sama ke atas orang lain pula. Jadi tindakan membuat laporan polis adalah satu tindakan tepat. Kenapa membiarkan saja lelaki berhidung belang melakukan pencabulan terhadap wanita dan dibiarkan begitu saja? Ia akan membuatkan mereka lebih berani kerana mereka terlepas bila melakukannya ke atas mangsa? Jika ini dibiarkan, mungkin tindakan mereka yang mencabul kehormatan wanita itu akan memuncak dan menjadi rogol pula kelak.walaupun hanya jadi mangsa cabul seeloknya wanita harus segera melaporkan pada pihak polis,jangan biarkan pencabul bermaharajalela dan akhirnya mereka akan berani bertindak lebih dari cabul mungkin akan merogol dan membunuh.didik lah anak gadis kita dengan ilmu keselamatan,pertahanan diri dan sedikit pengetauhan tentang undang2 agar mereka tahu ada undang2 menjaga kepentingan hak wanita.kadangkala wanita ini takut hendak melaporkan kepada polis kerana beranggapan nasib mereka tidak di bela.
Tuesday, September 8, 2009
wanita kena berani membuat laporan polis apa bila di cabul atau di rogol
Posted by kak Long at 8:05 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment