Pejam celik hari ni dah pun 29 ramadhan..tinggal esok aje lagi kita akan menyambut 1 syawal yang mulia.Rasa sedih gak lah nak meninggalkan bulan ramadhan yang mulia dan penuh berkah ini manakala rasa teruja lak nak sambut 1 syawal...walaupun persiapan raya sangat2 sederhana pada tahun ini.ok lah saya nak kongsi sikit kenangan2 masa kecik dulu...malam raya je saya dan adik2 mula lah menyibuk kat dapur tolong mak wat biskut dan anyam ketupat walaupun ketupat yg saya anyam tu tak senonoh bentuk rupanya tapi mak sabar je melayan saya dan adik2..bila dah bosan 'mengacau' mak di dapur saya,adik2 dan kawan2 gi main mercun lak kat depan rumah,masa tu mercun belum lagi di haramkan oleh kerajaan.sambil main mercun tu kamai beramai2 menyanyi lagu raya antaranya lagu selamat hari raya( saloma),suasana hari raya ( anuar/elina) selamat hari raya ( ahmad jais) dan suasana hari raya ( shrifah aini)..tu lah antara lagu2 yg kitaorang nyayi siap bawa radio buruk kat luar rumah waktu tu guna bateri kereta sbb tak de elektrik lagi di kg saya.masa tu laman rumah saya penuh dengan pelita minyak tanah.Abah saya yg wat pelita tu dengan mengunakan tin susu.Esoknya pagi raya jam 5 pagi mak kejutkan kami adikbradik bangun untuk mandi sunat raya..punya lah sejuk air telaga sampai belaga2 bibir kami menahan kesejukan tapi sebab kan semngat raya yang brkobar2 dalam diri ,kami rela aje. pas mandi dan pakai baju baru..sebelum merasmikan makan 'di siang hari' kami adik beradik mencium tangan mak,abah dan nenek mohon ampun...peh! masa tu kitaorang meleleh2 air mata menangis sedih sbb banyak sangat dosa kat mak abah dan nenek...pas dah besalam2 kitaorang jadi ' kanak2 riang' semula.pastu mak dan nenek sediakan makanan antaranya ketupat daun palas,ketupat nasi,rendang daging,rendang ayam dan kuah kacang,fui! sedap betul mak dan nenek masak sampai kami adik baradik bedal 2 pinggan.dah siap2 makan kami gi bejalan rumah jiran( masa tu tak sembahyang raya pun dah ekcited nak beraya) pas gi rumah jiran dan bawa kwan2 kami dalam 5,6 orang lagi dah bermakna kumpulan kami besar..kami pun memulakan perjalanan dari sebuah rumah ke sebuah rumah sampai lah penat,ada masa tu saya gi beraya rumah orang sampai tetidur kat rumah orang tu...punya lah jahat kawan2 saya ajak adik2 saya sekali tinggalkan saya tertidur ,mujur gak tuan rumah tu terperasan saya masih ada lagi kat rumah dia sebab masa tu saya tertidur kat tepi belakang kerusi rotan(masa tu peten lama)..apalagi terkejut giler saya bila sedar saya sorang2 kat rumah makcik tu.sambil terkulat2 malu saya pun apalagi CABUT lah,rupanya kawan2 saya saja nak perkenakan saya diorang siap menyorok atas pokok kat kawasan rumah makcik tu.syukur dan lega lah gak..ingat kan kwan2 da adik saya tinggalkan saya betul2,nakal sangat diorang ni.bila ingat2kan kengan masa kecik dulu hati saya sayu sangat2...cepat betul masa berlalu dan merampas segalanya.takkan dapat saya ulangi kenangan2 dulu.Paling yang mengembirakan saya bila nak balik..cepat je kami bersalam nak duit raya.walaupun masa dulu2 duit raya orang bagi takat 20 sen je tapi bagi kami memang lumayan ...kumpul2 dapat gak lah dekat rm 30 lebih selama 3 hari beraya di rumah orang.tu belum lagi biskut2 raya yang saya dan kawan2 sorok dalam poket untuk bekalan dalam perjalanan.sampai hancur tinggal habuk biskut raya tu dalam poket dah di campur sekali dengan duit syiling yang kami dapat.memang best sangat beraya masa kecik2 dulu.Sekarang ni zaman pun dah berubah dan saya dah pun jadi mak orang...masa ni anak2 saya pula yang merasai kemeriahan hari raya...walaupun tak semeriah masa saya kecik2 dulu tapi anak2 tetap teruja nak beraya.yelah kami beraya di kg hanya 4 hari je pastu balik semula di bandar...apalah yang ada di bandar ni,jiran2 pulak semuanya balik semenanjung dan jiran2 yang lain bangsa asing.Hubby saya pula raya ke 2 dah kembali bertugas, hanya dapat pelepasan pada raya pertama je.kerana kesiankan anak2 saya tinggallah lama sikit di kg mertua..mujur gak lah ada ipar saya dari sandakan balik beraya di rumah mertua tahun ni.ikutkan perancangan mereka...tahun ni diorang plan nak balik selangor rumah keluarga istrinya tapi batal di saat terakhir,mujur gak diorang tak jadi balik..kalau tak makin sunyi rumah mertu saya sebab anak2 yang lainnya semua tak balik mereka beraya di rumah mertua.ok lah..panjang lebar saya becerita...di sini saya nak ambil kesempatan mengucapkan selamat hari raya aidilfitri pada pengunjung2 blog saya dan buat mak,abah saya minta maaf kerana tak dapat menyambut raya bersama.buat sahabat2 dan adik2 saya ucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN.
Friday, September 18, 2009
KENANGAN HARI RAYA MASA KECIK2 DULU
Posted by kak Long at 5:37 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment