BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
selamat datang ke blog hanis fatihah, terima kasih kerana sudi melawat

Thursday, September 3, 2009

rendang daging


bahannya:

sekilo daging di potong kecil2 (ikut suka)
1 inci halia,1 inci kunyit hidup,1 inci lengkuas,4 ulas bawang merah,2 ulas bawang putih,sebatang serai dan sedikit lada kering kesemua ni di blender
2 batang serai di tumbuk kasar ( di ketuk)
3 sudu kerisik
3/4 cawan santan pekat
2 sudu air asam jawa
3/4 lembar daun limau purut @ daun kunyit ( tak letak pun takpe)
1 sudu teh ketumbar biji, lada hitam,lada putih, jintan manis,jintan putih di goreng tanpa minyak dan di tumbuk halus( klu nak blenderkan bahan ni dengan bahan bawang di atas pun boleh)
rempah 5 beradik ( bunga lawang,cengkih, buah pala,kayu manis)
2 biji buah keras di tumbuk halus ( saya blenderkan dengan sikit air)
sedikit garam,gula dan serbuk perasa
minyak untuk menumis

cara memasaknya:

panaskan minyak tumiskan bahan bawang dan bahan rempah ( ketumbar,jintan,lada hitam)
masukkan sekali rempah 5 ( bunga lawang,cengkih ,kayu manis,pelaga)
bila dah naik bau dan pecah minyak baru masukkan daging
kacau rata dalam 5 minit baru masukkan santan pekat,serai
dah dekat2 kuahnya nak kering baru masukkan kerisik,daun limau purut,buah keras,garam,gula ,sebuk perasa dan air asam jawa.
siap untuk di makan
selat mencuba

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...