Saya baca metro tadi terasa sayu sungguh hati ini bila membaca artikel seorang ibu di ingalkan oleh anaknya di rumah orang2 tua kerana nak mengikut anaknya beraya di samping anak dan cucu.saya ni memang sensitif apa lagi berkaitan dngn ibu tua di yg di buang oleh anak2nya dan anak2 yatim...kisah2 sedih mereka tu memang boleh membuatkan hati saya jadi sayu dan automatik lah air mata laju je nak kluar.Dlm abad ini masih ada lagi anak2 yang sanggup meghantar ibunya di rumah perlindungan org2 tua malah ada yg lebih zalim lagi anak2 itu langsung tak menjenguk ibu/bapa di pusat jagaan itu.Alhamdulilah...wlupun saya tingal jauh di negeri bawah bayu ni tapi setiap minggu saya akan telifon mak dan abah malah setiap bulan tetap mengirimkan duit walaupun sedikit,walaupun jauh tapi mak,abah dan adik2 tetap di hati saya.Besyukur saya pada Allahkerana memberikan saya seorang suami yg baik dan bertangungjwb bukan saja pada keluarganya malah pada keluarga mertua.Memang tangungjwb anak2 untuk menjaga ibubapa apabila anak2 itu dah dewasa..tak kira lah anak tu perempuan atau lelaki,itu adalah tngujwb kita untuk menjaga ibubapa yg telah uzur.saya nak ceritakan kisah mengenai warga emas yang di tingalkan sendirian oleh anak ni ....sebelah rumah mak mertua saya ni ada seorang warga emas yg ada 3 orang anak kandung dan seorang anak angkat lelaki...sekarang ni pakcik ni dah setahun lebih meningal dunia....teringat saya apabila je saya sekeluarga balik ke rumah mertua,arwah ni akan duduk termenung di tepi tingkap menegur kami,kebetulan lak hubby saya parking kereta di tepi rumah arwah ni.memang sayu tengok arwah ni makan minumnya langsung tak di pedulikan oleh anak2nya.apalagi bila tibanya raya langsung anak2 tak menjenguk...padahal anak2nya bukan lah orang susah malah ada yang berkerja sebagai pegawai perhutanan.Sebenarnya banyak kisah sedih mengenai arwah ni tapi agak tak manis pula untuk saya ceritakan di sini...jadi saya akan copy artikel berita yang saya ambil dari HARIAN METRO.cuma saya nak nasihat sikit...rajin2 lah kita menjenguk makbapa kita di kg dan pada yang tinggal jauh tu macam saya ni rajin2 lah juga telifon mereka walaupun kita tak mampu nak balik @ kirimkan duit sekurangnya telifo untuk tanya kabar apalagi aidilfitri yang tak sampai seminggu lagi akan menjelang tiba.ni saya copy artikel berita dari metro.
Luluh hati ibu
JOHOR BAHRU: Sekeras-keras batu, keras lagi hati seorang anak lelaki yang tergamak memecut kereta meninggalkan ibunya.
Lebih memilukan, dia tergamak membiarkan wanita tua itu berlari mengejarnya kira-kira 20 meter kerana mahu mengikut si anak pulang menyambut Aidilfitri di rumah.
Namun, apalah kudrat seorang wanita berusia 70-an, apatah lagi terpaksa menggendong bungkusan baju dalam kain batik, untuk mengejar kereta anaknya berusia 40-an yang semakin jauh meninggalkannya.
Ia bukan babak menyayat hati dalam drama televisyen, tetapi realiti hidup ditempuhi seorang penghuni rumah jagaan warga emas dan psikatri di Jalan Denai 1, Kempas di sini, yang begitu mengharapkan untuk pulang menyambut hari raya bersama anak dan cucunya di Masai, dekat sini
Kisah sedih pada pertengahan Ramadan itu diceritakan Pengasas Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor, Norijah Bidin kepada wartawan Harian Metro, semalam.
Katanya, kejadian bermula apabila lelaki berkenaan datang menziarahi ibunya di rumah penjagaan itu bagi memaklumkan dia tidak dapat dibawa pulang pada hari raya kali ini kerana tiada sesiapa menjaganya.
“Kami menyangka dia ingin membawa ibunya pulang bagi menyambut Aidilfitri kerana sudah dua tahun wanita berkenaan beraya di sini,” katanya ketika ditemui.
Menurutnya, terlalu seronok dengan kunjungan anak lelakinya, wanita tua terbabit terus menyalin pakaian dan bersiap untuk mengikut pulang ke rumah keluarganya di Masai.
“Kami melihat wanita itu bersungguh-sungguh membungkus pakaiannya ke dalam kain batik kerana mahu pulang ke rumah anaknya,” katanya.
Menurut Norijah, tanpa disangka-sangka, ketika si ibu sedang sibuk berkemas, lelaki berkenaan beredar dari situ secara senyap-senyap tanpa memaklumkan sesiapa.
“Menyedari anak lelakinya mahu beredar, wanita itu panik dan mengejar kereta anaknya yang mula meninggalkan kawasan rumah kebajikan.
“Wanita tua itu berlari kira-kira 20 meter untuk mengejar kereta berkenaan, tetapi anaknya tetap meninggalkannya.
“Si ibu yang terkilan dengan perbuatan anaknya bukan saja mengalami masalah kesihatan, malah kemurungan selama beberapa hari kerana hampa tidak dapat pulang beraya di rumah,” katanya.
Norijah yang bertugas sebagai jururawat di Hospital Permai di sini, berkata daripada 11 warga emas yang mendapatkan perlindungan di pusat jagaan berkenaan, segelintir masih mempunyai ahli keluarga termasuk anak.
Menurutnya, lebih mengecewakan, waris warga emas berkenaan yang juga bekas pesakit psikiatri tidak datang menjenguk mereka menjelang 1 Syawal yang bakal tiba.
“Ia mengakibatkan warga emas itu menyambut Aidilfitri bersama penghuni lain di pusat jagaan ini walaupun mereka merindui suasana beraya dengan keluarga di kampung.
“Sempena Aidilfitri kali ini, kami amat berharap jika anak warga emas mahupun waris penghuni di sini, datanglah berkunjung bagi menggembirakan mereka. Kalau bukan selalu, setahun sekalipun cukuplah,” katanya.(petikan dari metro)
.masa mereka masih ada ni la kita nak jenguk dan jaga mereka...jangan bila mereka dah taada lagi di dunia ni baru lah kit nak rasa menyesal...ingat lah..setiap apa perbuatan dan perlakuan kitamesti ada balasannya...nanti esok lusa anak2 kita pula yang buat lebih teruk dari apa yang kita buat pada makbapa kita.
1 comments:
Situs Judi Slot Online Terpercaya Dan Judi Online
TopSlot88 의정부 출장샵 adalah situs judi slot 계룡 출장안마 online 대구광역 출장안마 terpercaya Indonesia yang menyediakan game 이천 출장안마 judi 익산 출장마사지 online terlengkap Indonesia.
Post a Comment