BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
selamat datang ke blog hanis fatihah, terima kasih kerana sudi melawat

Sunday, September 6, 2009

haa...baju raya kak long dah siap!!!


akhirnya siap gak laa baju raya kak long,saya hanya mampu buat sepasang je memandang kan sentiasa sibuk,yang selebih nya beli je setakat tshirt 2,3 helai.yang penting raya pertama anak2 dapat pakai baju kurung kira dah lengkap lah menyambut 1 syawal nanti.saya tak la berapa teruja sangat tapi anak2 lah memang tak sabar2 sangat nak menyambut 1 syawal.nama pun kanak2 kan...bagi mereka hari raya lah yang paling membahagia kan.hari ni dah pun masuk hari ke 17 kita berpuasa..syukur Alhamdulillah,kami sekeluarga dapat menunaikan ibadah puasa dengan lancar sekali.puasa ni bukan lah setakat menahan lapar dan dahaga tapi mengajar kita erti kesabaran,keinsafan dan juga menahan segala nafsu.tapi saya cukup kesal bila membaca akhbar mendapati masih ramai lelaki yang di tangkap penguat kuasa agama islam kerana mendapati makan di khalayak.tiap2 tahun baca akhbar mesti ada berita lelaki di tangkap kerana tidak berpuasa dan tanpa segan silu makan dan minum di khalayak.tertanya2 gak apakah mereka ni kurang didikan agama? atau memang tak mampu puasa kerana uzur? tapi memang mustahil kerana yang tak berpuasa ni kebanyakannya adalah remaja,orang dewasa yang kuat dan sihat.jangan lah main2 dengan pegertian puasa ni kerana itu adalah wajib ke atas umat islam.kita tak bepuasa bemakna kita telah berhutang dengan Allah,dan bila berhutang kita kena wajib membayarnya.ok lah kalau nak becerita tentang puasa ni memang panjang lebar hmm...mgkin sampai esok pun tak habis.jadi terapkan lah anak2 berpuasa dari kecil lagi bermula setengah hari..bila dah usia 9 tahun ajar lah anak berpuasa penuh tapi jangan lupa ajar sekali mereka solat dan pegertian apa itu puasa dan solat baru lah anak2 tahu jawapannya. cakap2 gak tapi jangan lupa bayar zakat fitrah,jangan melambat2kan bayar nanti terlupa pulak.tahun ni zakat fitrah di sabah rm 6.60.insyaAllah kalau tak de halangan hari jumaat ni mungkin saya balik kampung jap nak bayar zakat fitrah,tiap2 tahun hubby saya bayar zakat fitrah tu di kampungnya.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...