BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
selamat datang ke blog hanis fatihah, terima kasih kerana sudi melawat

Wednesday, September 9, 2009

segelintir peniaga bazar ramadhan jual makanan kitar semula


Saya jarang sangat beli makanan di bazar ramadhan atau makan di luar. memasak sendiri bukan saja dapat menjimatkan malah terjamin kebersihannya,tapi bagi wanita berkerjaya memang menjadi masalah apabila memasak sendiri memandang tak cukup masa dan waktu,apalagi bila sampai di rumah agak lewat dengan kesesakan jalan,kena kerja lebih masa atau terpaksa mengambil anak dari sekolah sesi petang atau di taska dan rumah pengasuh,nak tak nak terpaksa berurusan dengan peniaga yang tak jujur semata2 untuk mengelak menangung kerugian berikutan jualan kurang dapat sambutan Hanya kerana enggan menanggung kerugian, segelintir peniaga bazar Ramadan di sekitar bandar raya ini dikesan menggunakan taktik 'mengitar semula' makanan dijual, tanpa memikirkan kesan diterima pembeli.
Dengan susunan tertentu, pembeli tidak akan menyedari kuih atau juadah jualan berkenaan sebenarnya dipanaskan semula peniaga tidak bertanggungjawab sebelum ia dicampurkan dengan kuih atau juadah baru. mendapati kegiatan ini berlaku di bazar Ramadan bersaiz kecil yang tidak begitu mendapat sambutan orang ramai atau peniaga persendirian di tepi jalan yang mempunyai pelanggan terhad. Akibatnya barang jualan mereka banyak tidak laku dan disebabkan tidak mahu menanggung rugi, ada peniaga yang tergamak menjual semula kuih atau masakan mereka kepada pembeli yang gagal membezakan antara juadah lama atau baru. Kuih tahan lama seperti karipap, apam balik dan murtabak antara jualan yang paling mudah 'dikitar semula' dengan peniaga cuma perlu meletakkannya pada bahagian atas sementara kuih baru diletakkan bahagian bawah.

Ketika berkunjung pada jam 2 petang di sebuah bazar Ramadan di pinggir bandar raya ini, beberapa peniaga kelihatan menyusun kuih dipercayai dikitar semula pada bahagian atas longgokan kuih baru. Kuih berkenaan boleh dikenal pasti sebagai jualan lama berikutan strukturnya agak kusam berbanding yang baru, selain agak berlendir bagi kuih basah namun bagi kuih kering sukar dibezakan. Ada juga peniaga makanan bergoreng, bertindak mencampurkan mi atau kuey teow lama dengan yang baru sebelum ia digoreng semula untuk dijual kepada pelanggan yang menyangka juadah baru. "Sebagai pelanggan saya memberi kepercayaan kepada peniaga kerana mereka lebih tahu mana satu kuih atau juadah elok dan baik. "Memang berlaku peniaga tidak bertanggungjawab menjual semula barang jualan lama dan saya sendiri pernah terbeli namun saya menyedarinya berikutan bau dan rasanya sudah berubah. "Sebagai ibu bapa, saya bimbang jika anak yang termakan kerana mereka tidak mengetahui mana kuih elok kerana ia boleh menjejaskan kesihatan pembeli," katanya ketika ditemui. adalah sesuatu yang sukar untuk membezakan antara juadah lama dan baru kerana peniaga bijak mengelirukan pembeli kerana pembeli tidak sedar jika rasa makanan berkenaan tidak berubah. orang ramai yang berkunjung ke bazar Ramadan seharusnya pandai memilih juadah berbuka dengan waktu terbaik antara jam 4 petang ke atas kerana kuih atau juadah kitar semula sudah habis .

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...